Kitabı oku: «Pandangan Pertama»
Pada p andangan p ertama
A. C. Meyer
Diterjemahkan oleh Amirah Izzati
"Pada pandangan pertama"
Ditulis oleh A. C. Meyer
Hak Cipta © 2020 A. C. Meyer
Hak cipta terpelihara
Reka Bentuk Muka Depan © 2020 Luizyana Poletto
Pada pandangan pertama
A.C. Meyer
Sinopsis:
Bertahun-tahun dia menjaga adik-adiknya setelah kematian ibu bapa mereka, Valentina berasa sudah tiba masanya untuk dia mengambil peduli kehidupannya sendiri. Dia ingin melihat dunia, berseronok dan akhirnya mengubah semua rancangan yang diidam-idamkannya menjadi kenyataan malah bukan lagi mimpi.
Dia harus menarik nafas panjang dan memaksa dirinya untuk benar-benar berada atas talian untuk menempah penerbangan dan penginapan. Lagipun, dia telah menghabiskan masa bertahun-tahun dikelilingi oleh adik-adiknya, dan pergi ke negeri lain di mana dia tidak mengenali sesiapa pun sudah cukup berani baginya.
Yang dia tidak ketahui adalah perjalanan ini akan mengubah hidupnya selamanya ...
“Quando lhe achei
Me perdi
Quando vi você
Me apaixonei”
Chico César
01
Valentina mengemas pakaiannya yang terakhir, menutup beg pakaian dan menghela nafas. Dia tidak percaya dia akhirnya akan pergi. Dia menghabiskan masa bertahun-tahun dengan bermimpi, membuat rancangan yang tidak pernah disangka akan menjadi kenyataan. Rancangan untuk beberapa waktu hanya untuknya. Dan akhirnya ia berlaku.
Dia harus menarik nafas panjang untuk memaksa dirinya benar-benar berada atas talian dan menempah penerbangan serta penginapan. Lagipun, dia menghabiskan masa bertahun-tahun dikelilingi oleh adik-adiknya, yang mengambil masa yang sangat lama, dari kebebasan dan lain-lain. Memutuskan untuk pergi ke negeri lain di mana dia tidak mengenali sesiapa dan dia akan berseorangan tanpa teman sepanjang sepuluh hari di luar sana.
Matanya tertumpu pada bingkai foto di meja rias dan dia tersenyum ketika melihat gambar ibu bapanya dengan tiga gadis kecil yang berseri-seri: Valentina, Catarina dan Sabrina. Mereka semua kelihatan sangat gembira dalam foto itu. Tidak banyak yang mereka tahu bahawa suatu tragedi bakal memusnahkan keluarga bahagia yang sangat dikagumi oleh semua orang itu.
Air mata mula mengalir ketika dia teringat kembali pada malam dia terbangun kerana bau kebakaran dan teriakan orang tuanya. Semuanya berlaku dengan begitu pantas dan begitu trauma sehingga dia tidak mahu mengingati tragedi malam itu dalam fikirannya. Dia hanya ingat saat, dikelilingi oleh jiran-jirannya dan memeluk adik-adiknya, dia melihat bangunan tempat mereka tinggal di kejiranan kelas atasan di São Paulo yang sedang terbakar dijilat api, orang tuanya ada di dalam bangunan tersebut. Setelah mengeluarkan ketiga-tiga anak perempuan mereka, mereka berdua kembali ke bangunan. Tidak lama kemudian semua bangunan dijilat api yang berpunca dari litar pintas dari pangsapuri sebelah. Mereka berusaha menyelamatkan jiran mereka. Tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka sendiri dan meninggalkan anak perempuan berusia 17, 15 dan 13 dalam jagaan nenek mereka.
Tidak lama selepas berusia 18 tahun, Valentina dan adik-beradiknya mengalami kehilangan lagi setelah kematian nenek mereka Dina, meninggalkan Valentina untuk menjaga adik-adiknya.
Dia kemudiannya menamatkan persekolahan menengah, dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka, menyebabkan dia terpaksa bekerja. Dia melepaskan hiburan, teman lelaki dan semua perkara lain yang dilakukan oleh gadis-gadis lain seusianya untuk memberi sepenuh perhatian kepada adik-adiknya. Dia faham bahawa tugasnya untuk menjaga keluarga yang ditinggalkan bersama dan memastikan adik-adiknya itu mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun dia harus melupakan keseronokan, masa mudanya dan juga masa depannya sendiri.
Sekarang, pada usia 25, nampaknya tugas terhadap adik-adiknya sudah selesai. Dia bangga dengan apa yang dia telah lakukan untuk mereka. Catarina, yang berusia 23 tahun, adalah eksekutif pemasaran di sebuah syarikat multinasional yang besar. Dia mendapat gaji yang lumayan, boleh bertutur dalam tiga bahasa dan dinaikkan pangkat dengan cepat kerana kecekapan dan dedikasinya - sesuatu yang dia pelajari dari kakaknya. Sabrina, 21, adalah jururawat yang baru berkelayakan. Dia mendapat kedudukan di ICU kanak-kanak di sebuah hospital swasta dan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya.
Mereka berdua behagia dengan kehidupan mereka, dan dia tahu bahawa sudah tiba waktunya untuk dia memberi sepenuh perhatian pada dirinya sendiri. Mengetahui bentuk kerjayanya atau apa yang harus dilakukan demi masa depannya. Siapa tahu, dia mungkin juga mencari teman lelaki! Semasa gadis-gadis itu dewasa, dia menanggung mereka menggunakan pencen bulanan yang mereka terima setelah kematian ibu bapanya. Selain itu, ada wang insurans nyawa dan pampasan yang mereka dapat untuk kebakaran tersebut. Dengan bantuan peguam keluarga, dia berjaya melaburkan wang itu dan menjadikan dana semakin banyak yang telah dibahagi antara mereka bertiga ketika Sabrina berusia 21 tahun. Dia mempunyai kehidupan yang selesa, tetapi dia mahukan kerjaya. Dia ingin mendapatkan tempatnya di dunia sekarang memandangkan adik-adiknya telah mendapat tempat mereka.
Dan langkah pertama adalah menghabiskan masa sepuluh hari di Semenanjung Maraú di Bahia, Brazil timur laut.
"Sekiranya kamu sudah zip beg pakaian kamu, seterusnya buka zip."
Valentina ketawa ketika mendengar suara Catarina. Adiknya masuk ke dalam bilik yang sarat dengan pelbagai beg beli belah.
"Apa semua ini? Adakah kamu pernah membeli-belah? " Dia bertanya, sementara kakaknya mula mengeluarkan pakaian dari beg dan meletakkannya di atas katil. Semua kain yang berwarna dan bercorak sangat berbeza dengan pakaian yang biasa dipakai Valentina.
"Hanya kerana kamu telah memutuskan untuk pergi ke sebuah resort yang hanya mempunyai ruang untuk 58 orang di mana semuanya berpasangan dan kamu akan menjadi keseorangan, tidak bermaksud saya akan membiarkan kamu kelihatan biasa,” jawab Cat seperti yang diketahui semua orang sifatnya, dan mereka berdua ketawa.
"Jangan jadi bodoh. Bagaimana kamu tahu bahawa salah satu daripada 57 tetamu lain tidak ada lelaki bujang? "
"Saya rasa dia lebih cenderung menjadi lelaki tua, dengan dua teman wanita tiga puluh atau empat puluh tahun lebih muda."
Valentina mencebik dan mereka berdua ketawa. Cat mengambil gaun sutera berwarna biru yang dilukis dengan tangan, yang sesuai dengan rambut perang Valentina.
"Ianya cantik..." kata Valentina, merasakan sutera dengan jarinya sementara Cat membuka beg pakaian dan mengeluarkan semua pakaiannya, menggantikannya dengan yang baru. "Hei apa yang kamu lakukan?"
"Anda dilarang membawa pakaian ini bersama anda."
"Tetapi ..."
"Cat betul" kata Sabrina, masuk ke bilik tidur kakaknya dengan lebih banyak beg. "Percutian ini adalah permulaan tahap baru dalam hidup kamu. Kamu telah lama menjaga kami. Inilah masanya untuk kami manjakan kamu. "
Valentina meletakkan gaun itu di atas katil dan menarik adik-adiknya untuk berpelukan.
"Saya akan sangat merindukan kamu semua," bisiknya.
"Begitu juga kami. Tetapi kamu tidak dibenarkan menggunakan telefon atau internet kamu. Kami ingin kamu memanfaatkannya sepenuhnya, ”jawab Sabrina sambil mencuit hidung kakaknya. Sambil tersenyum, dia pergi ke tempat tidur sambil melihat semua jenis pakaian dalam dan pakaian tidur.
"Saya sudah memeriksa hotel," jelas Cat, mula berkemas lagi. "Tidak ada isyarat telefon atau internet." Dia melakukan tarian dan mereka semua ketawa.
"Kamu bahkan tidak akan membiarkan saya melihat apa yang saya bawa untuk bercuti?" Valentina bertanya.
"Tidak!" adik-adiknya menjawab serentak dan Sabrina menunjuk ke bilik mandi.
“Luangkan banyak waktu untuk mandi dan bersiap-siap ketika percutian. Saya telah menempah Uber pada pukul 11.30 pagi, ” jelasnya. "Jadi, kamu akan sampai di lapangan terbang dengan banyak masa sebelum waktu penerbangan pada pukul 2 petang."
"Saya sayang kamu semua," kata Valentina. "Terima kasih atas sokongan kamu semua."
"Kami yang harus mengucapkan terima kasih kerana kamu telah menjaga kami, sedangkan kamu akan lebih mudah meneruskan hidup kamu dengan meninggalkan perkhidmatan sosial untuk menjaga kami," jawab Cat, sambil tersenyum.
"Saya tidak akan pernah melakukannya!" Seru Valentina, meletakkan tangan ke dadanya. Dia benci bahkan untuk memikirkan bahawa sesuatu seperti itu akan berlaku. Sekiranya dia lebih muda, mereka bertiga akan saling menjaga dan hanya tuhan tahu apa yang akan berlaku. "Kamu keluarga saya. Saya tidak akan meninggalkan kamu semua. "
"Dan sekarang, kamu harus rehat dari semua bebelan tanpa henti kami," kata Sabrina, untuk menghentikan kesedihan itu, dan mereka semua tertawa. Valentina melakukan apa yang diberitahu dan pergi mandi dan mula bersiap sedia untuk pengembaraannya yang lebih besar.
02
Selepas penerbangan dua jam ke Ilhéus, Valentina akan menemui wakil syarikat pelancongan di lapangan terbang yang akan membawanya ke resort di Semenanjung Maraú. Wanita itu memegang papan tanda dengan namanya dan melemparkan senyuman ramah ketika melihat Valentina.
"Selamat datang ke Bahia. Saya Lucia. Saya harap penginapan cik di Semenanjung Mara akan menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan. "
"Hai Lucia. Terima kasih, ”Valentina tersenyum. "Saya tidak sabar untuk melihat semuanya."
"Adakah itu semua barang cik?" Gadis itu bertanya dan Valentina mengangguk. "Baik? Boleh kita pergi? "
"Baiklah, mari".
Valentina mengikutnya melalui kawasan ketibaan sementara gadis itu menarik beg pakaiannya ke arah pintu keluar. Sebaik sahaja mereka melalui pintu, dia merasakan cahaya matahari di wajahnya. Ia sungguh panas. Semasa mereka berjalan di sepanjang tempat letak kereta menuju ke kereta, dia menanggalkan jaket yang dipakainya bersama gaun biru bermotifkan bunga putih yang telah dipilih oleh adiknya semasa penerbangan . Dia tersenyum, menyukai cuaca yang sangat berbeza dengan yang kebiasaanya.
Ketika mereka menghampiri kereta hitam yang menyalakan lampu kecemasannya, mata Valentina tertumpu pada lelaki yang bersandar pada pintu penumpang. Dia memakai seluar pendek dan kemeja biru yang sama warna dengan pakaian Valentina. Valentina cuba untuk tidak tersenyum ketika dia menyedari bahawa mereka kelihatan serasi. Sementara lelaki itu sedang fokus membaca sesuatu di telefonnya, Valentina memandangnya dengan lebih teliti. Dia memerhatikan ciri-ciri lelaki itu, rambut jarang dan kecoklatan yang dihembus oleh angin lembut. Dia tinggi, jauh lebih tinggi darinya, dan badannya kelihatan baik, dengan otot di tempat yang tepat. Dia tidak dapat menafikan bahawa lelaki itu tampan ... Terlalu kacak untuk menjadi bujang.
Merasakan pergerakan, Caio mengangkat matanya dari telefonnya, di mana dia membaca semula artikel yang dia kirimkan kepada editornya untuk kali terakhir. Dia tahu dia tidak akan mempunyai internet di resort ini. Sekiranya dia mahu mengubah apa-apa dalam artikel ilmiah yang ditulisnya mengenai kehidupan laut di utara Brazil, tempat dia menghabiskan masa enam bulan terakhir, dia harus melakukannya sekarang. Dia melihat gadis dari syarikat pelancongan itu datang ke arahnya, tetapi semua perhatiannya segera tertumpu pada gadis berambut perang di sebelahnya.
Valentina malu, dan menundukkan pandangannya ketika dia menyedari lelaki itu memandangnya. Tetapi, walaupun Caio tahu dia bersikap kasar, dia tidak dapat mengalihkan pandangannya. Dengan rambut panjang Valentina yang diikat ekor kuda, dia dapat melihat setiap inci wajahnya yang cantik. Mata coklat dihiasi oleh bulu mata panjang, hidung mancung dan bibir yang munggil. Kulit yang cerah, hampir tanpa solekan, kelihatan seperti sudah lama tidak melihat sinar matahari. Dan gaun biru yang longgar dengan bunga putih yang membentuk tubuhnya anggun dan sensual. Tidak diragui lagi, dia adalah salah satu wanita paling cantik yang pernah dilihatnya, dan sepertinya dia akan pergi ke tempat yang sama dengannya.
"Caio, ini Valentina," Lucia memperkenalkan mereka, dan dia menghulurkan tangannya, bersalaman. "Dia datang ke resort bersama kita," wanita itu menjelaskan dan menoleh ke arah Valentina. "Caio adalah ahli biologi dan sedang meneliti kehidupan laut di tempat ini."
Valentina tersenyum kepadanya, dan dia merasa satu tumbukan di perutnya. Apa yang sedang berlaku? dia tertanya-tanya. Dia tidak pernah merasa seperti ini di hadapan seorang gadis sejak sekolah menengah. Dia cuba membalas senyuman itu tetapi tidak pasti ia akan berjaya. Mungkinkah seseorang benar-benar memberikan kesan seperti itu kepada kamu dengan hanya satu pandangan?
Valentina tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan dirinya sendiri. Lelaki tampan ini memandangnya dengan begitu terpesona, dia berasa bahawa Caio boleh melihat ke dalam dirinya. Bolehkah dia mengagak bahawa saya fikir dia kacak? Dia tertanya-tanya. Sejak dulu, dia hanya mempunyai seorang teman lelaki, sebelum hidupnya berubah. Dia kehilangan keperawanannya pada lelaki itu dan, pada masa itu, dia menyangka dia mencintainya. Tetapi ketika hidupnya berubah, percintaan harus diketepikan untuk memberi keutamaan pada perkara lain. Dia bukan seorang yang bijak. Dia menghargai kecantikan maskulin dan keinginan, seperti gadis lain seusianya. Dia mungkin saja tidak berpengalaman, seperti gadis-gadis lain seusianya, dia harus meninggalkan sebahagian dari hidupnya untuk sementara waktu.
"Hai," katanya, merasakan kekuatan tangan Caio, yang memegang tangannya lebih lama daripada yang dia duga. "Seronok bertemu dengan awak, Caio."
Ücretsiz ön izlemeyi tamamladınız.