Kitabı oku: «Pengurusan Kemarahan»

Yazı tipi:

Isi Kandungan

 PENGURUSAN KEMARAHANOwen JonesNor Aziah Abdul GhaffarIsi KandunganPerihal Pengurusan Kemarahan.Pengurusan KemarahanPelajaran Pengurusan KemarahanPengurusan Kemarahan RemajaBuku Pengurusan KemarahanArtikel Pengurusan KemarahanFilem Pengurusan KemarahanPengurusan Kemarahan untuk Kanak-kanakBantuan Pengurusan KemarahanTeknik Pengurusan KemarahanKemahiran Pengurusan KemarahanPengurusan Kemarahan dan Keganasan Rumah TanggaPanduan Pengurusan Kemarahan untuk Keadaan yang Banyak TekananDi Mana Boleh Didapati Nasihat Pengurusan Kemarahan Secara PercumaMengamalkan Kemahiran Pengurusan Kemarahan yang Berjaya

1 PENGURUSAN KEMARAHAN

Mengawal Kemarahan Dan Kekecewaan

oleh

1 Owen Jones

diterjemahkan oleh

1 Nor Aziah Abdul Ghaffar

Diterbitkan oleh Megan Publishing Services

http://meganthemisconception.com

Hak Cipta Owen Jones 2021 ©

Helo dan terima kasih kerana membeli e-buku bertajuk 'Pengurusan Kemarahan' ini.

Saya berharap anda akan mendapati maklumatnya membantu, berguna dan menguntungkan.

Maklumat di dalam e-buku ini yang mengenai berbagai aspek pengurusan kemarahan dan subjek yang berkaitan dengannya disusun kepada 15 bab yang setiap satunya lebih kurang 500-600 patah perkataan.

Saya berharap ia akan menarik minat mereka yang ingin belajar lebih tentang pengurusan kemarahan atau mengawal baran mereka.

Sebagai bonus tambahan, saya memberi anda kebenaran untuk menggunakan kandungannya dalam laman web anda sendiri atau blog dan surat berita anda. Namun begitu adalah lebih baik jika anda menulisnya semula dalam perkataan anda sendiri dahulu.

Anda juga boleh mengasingkan kandungan buku ini dan menjual artikel-artikelnya. Hakikatnya, satu-satunya hak yang anda tiada adalah menjual semula atau mengedarkan buku ini sebagaimana ia diberikan kepada anda.

Jika anda mempunyai sebarang maklum balas, sila nyatakannya kepada syarikat di mana anda membeli buku ini.

Terima kasih sekali lagi kerana membeli e-buku ini.

Salam,

Owen Jones

1  Isi Kandungan

Perihal Pengurusan Kemarahan.

Pengurusan Kemarahan

Pelajaran Pengurusan Kemarahan

Pengurusan Kemarahan Remaja

Buku Pengurusan Kemarahan

Artikel Pengurusan Kemarahan

Filem Pengurusan Kemarahan

Pengurusan Kemarahan untuk Kanak-kanak

Bantuan Pengurusan Kemarahan

Teknik Pengurusan Kemarahan

Kemahiran Pengurusan Kemarahan

Pengurusan Kemarahan dan Keganasan Rumah Tangga

Panduan Pengurusan Kemarahan untuk Keadaan yang Banyak Tekanan

Di Mana Boleh Didapati Nasihat Pengurusan Kemarahan Secara Percuma

Mengamalkan Kemahiran Pengurusan Kemarahan yang Berjaya

1 Perihal Pengurusan Kemarahan.

Apabila memikirkan tentang pengurusan kemarahan, adalah berbaloi untuk melihat kemarahan dan keagresifan dengan lebih dekat bagi memahami perasaan itu dengan lebih mendalam dan berusaha ke arah mengaplikasikan penyelesaian pengurusan kemarahan.

Selalunya, apabila seseorang berasa kecewa, mereka mudah untuk meradang bila perasaan mereka membuak-buak. Namun begitu, kekecewaan tidak berlaku dalam semalaman. Ia berlaku apabila timbulnya isu tersembunyi. Oleh itu, kekecewaan adalah perasaan dalam yang terpendam atau keadaan kurang yakin dan ketidakpuasan, yang timbul dari rungutan yang tidak selesai atau dan keperluan dan kehendak yang tidak dipenuhi.

Maka kemarahan adalah perasaan yang dialami oleh seseorang apabila kehendaknya tidak tercapai, atau apabila beberapa isu berkaitan yang telah terpendam, yang menunggu masa untuk marak, akhirnya timbul. Keagresifan adalah tindakan paksa atau kaedah yang digunakan untuk mendominasi individu lain.

Keagresifan adalah tingkah laku yang bersifat berbalah, membahayakan atau merosakkan, terutamanya apabila dimulakan oleh kekecewaan. Keagresifan adalah baik jika kehidupan anda dalam bahaya, tetapi dalam kebanyakan kejadian ia hanya menyebabkan keburukan.

Sebaliknya penegasan adalah satu bentuk penyampaian perasaan anda kepada individu lain yang berkesan tanpa mengakibatkan kecederaan, kerosakan atau pertengkaran. Penegasan adalah kualiti yang kuat, berani dan yakin yang ada dalam diri kita yang membantu kita mempertahankan hak kita apabila orang lain cuba merampasnya dari kita.

Jika kita belajar perbezaan keagresifan dan penegasan, kita akan belajar satu pola tingkah laku yang baik, sementara pada masa yang sama, mengawal kehidupan kita dan menghindari berlakunya masalah pada masa hadapan.

Jika anda berasa kecewa, anda mungkin ingin duduk dan memikirkan kepercayaan, pendapat, teori, pertimbangan anda dsb yang ada dalam pemikiran anda. Dengan mengkaji semula punca-punca kemarahan anda, anda boleh mengurangkan ketegangan apabila kemarahan mula meluap; anda kemudian akan menyedari tidak berbaloi untuk marah, kerana sebab-sebab kekecewaan anda adalah di luar kawalan anda.

Misalnya, apabila anda menilai diri anda, anda mungkin nampak pandangan lain dan membuat kesimpulan bahawa kekecewaan anda adalah tidak munasabah. Strategi-strategi ini adalah semua berkenaan pengurusan kemarahan.

Tindakan bertegas terhadap orang yang telah melakukan kesalahan ke atas anda, terbukti jauh lebih berkesan dari anda naik angin. Kita boleh lihat satu contoh tentang pengurusan kemarahan, bagaimana seseorang hilang sabar, dan akibat yang dia perlu hadapi kerana reaksi tersebut.

Contoh, dua orang yang bertengkar dan pergaduhan berlaku. Salah seorangnya telah dituduh menyebarkan fitnah tentang yang seorang lagi. Episod ganas berikutnya telah mebuatkan jiran-jiran memanggil polis. Apabila polis tiba, kedua-dua-duanya digari dan dibawa ke penjara.

Kini masalah mereka telah bertambah kerana mereka berdua mungkin terpaksa membayar denda, kos mahkamah dan, kemungkinan, yuran percubaan. Jadi, satu masalah telah berlanjutan kepada beberapa masalah tetapi bukan itu sahaja. Setelah mereka membayar semua denda, kos dan sebagainya, mereka akan mempunyai rekod polis yang akan menjadi penilaian bagi diri mereka seumur hidup, yang dengannya orang lain akan menganggap mereka tidak matang, ganas dan tidak boleh dipercayai.

Sekarang mari kita lihat kepada contoh lain di mana penegasan digunakan dalam senario tentang pengurusan kemarahan ini. Dua orang bersemuka selepas seorang daripada mereka menyebarkan fitnah tentang yang seorang lagi di kawasan kejiranan mereka.

Mangsa khabar angin tersebut telah menghampiri kawannya dan bertanya: 'Kenapa awak beritahu orang bahawa saya mempunyai masalah minum minuman keras? '. 'Saya tidak beritahu sesiapa pun yang awak ada masalah minum minuman keras'. jawab yang seorang lagi. 'Tipu!', kata orang pertama, 'Awak beritahu kawan baik saya yang bukan penipu'. 'Saya ingatkan awak ada masalah minum minuman keras sebab awak minum setiap kali saya datang ke rumah awak'.

'Hanya kerana saya minum setiap kali awak datang ke rumah saya tidak bermakna saya ada masalah. Saya tidak membenarkan awak terus memburukkan nama saya dan saya tidak membenarkan awak untuk datang ke rumah saya lagi, jika awak berterusan menyebarkan fitnah tentang saya. Kawan tidak mengkhianati kawannya. Jadi, kalau awak ada sebarang masalah dengan saya beritahu saya, daripada mengata saya di belakang'.

Satu hasil yang baik!

Orang ini bertindak tegas dengan baik dan hasilnya pasti akan membuktikan kejayaan. Mari kita lihat apa yang berlaku seterusnya. '

Maafkan saya; saya tidak bermaksud untuk menyinggung awak. Lain kali saya akan beritahu awak jika saya ada masalah dengan awak. Tetapi, saya masih khuatir yang tabiat minum awak boleh menjadi masalah, kerana awak minum setiap kali saya datang ke rumah awak'. 'Baiklah mari kita pergi ke tempat saya dan berbincang'.

Perbezaannya dramatik, bukan? Semua kerana seseorang berfikir tentang pengurusan kemarahan!

1 Pengurusan Kemarahan

Tiada keraguan tentangnya. Kemarahan adalah satu masalah yang semakin serius dalam masyarakat hari ini. Amuk di jalan raya adalah satu contoh yang baik.

Saya tidak berkelayakan untuk mengatakan kenapa, tetapi teori merangkumi dari:

* stres yang tercetus oleh tekanan ibu bapa supaya berjaya

* tekanan rakan sebaya

* kerisauan yang tercetus oleh kemungkinan gagal dalam peperiksaan

* diet - Meningkat nya pemakanan makanan yang diproses

* pengaruh televisyen, filem dan selebriti

* peningkatan materialistik dalam masyarakat

* kekurangan panduan spiritual yang berfaedah

* berkurangnya hormat terhadap pihak berkuasa

* pengaruh budaya berbeza

* muzik pop

* politik

* penyalahgunaan alkohol atau dadah

Saya menyatakan semua pandangan ini tanpa melahirkan pendapat saya sendiri. Saya, secara peribadi, dapat melihat beberapa alasan yang sah dalam senarai di atas, yang mana telah dihasilkan dalam susunan rawak.

Namun begitu, adalah sangat jelas bahawa kita sedang gagal dalam sesuatu. Mereka yang sezaman dengan kita selalu tidak bertanggung jawab dalam kelakuan mereka, orang tua pula selalunya takut untuk berjalan di jalan raya walaupun di siang hari dan anak-anak kita mengambil pil untuk mengawal emosi mereka dan ini berlaku dalam skala yang amat besar!

Siapa atau apa yang patut dipersalahkan di atas peningkatan keagresifan ini?

Siapa tahu? Atau siapa yang berani menuduh?

Budaya mengambil mudah pada Enam puluhan dan Tujuh puluhan sudah pastinya menghasilkan satu generasi ibu bapa yang mengambil mudah dan kemungkinan anak-anak perlu disiplin. Generasi terdahulu mungkin terlalu patuh kepada pihak berkuasa, yang mana menyebabkan reaksi (yang berlebihan?) oleh golongan hipi.

Sesetengah makanan semestinya menyebabkan dan masih menyebabkan masalah alergi, yang boleh menyebabkan ayunan emosi. Separuh orang mendapati ayunan emosi sukar untuk dikawal dan itu boleh membawa kepada kerisauan.

Kerajaan juga mempunyai pengaruhnya, terutamanya dalam menarik balik status 'in loco parentis' (pengganti ibu bapa) para guru sewaktu anak berada di kelas. Anarki di sekolah mungkin adalah satu idea yang tidak baik. Malahan, kerajaan UK telah mengakui ini secara senyap dengan mengembalikan sebahagian kuasa guru.

Muzik popular seperti 'School's Out' oleh Alice Cooper dan 'Another Brick in the Wall' oleh Pink Floyd memarakkan ini semua.

'Gereja' telah 'didedahkan' sebagai terdiri daripada paderi yang mengetahui sedikit, bahkan kadangkala kurang daripada kebanyakan orang biasa mengenai kehidupan dan akhirat, walaupun masih terdapat sikap ingin tahu yang sihat dan terkenal tentang kerohanian sebagaimana terdahulunya.

Satu lagi perkara yang menguburkan rasa hormat kepada pihak berkuasa. Penjual kereta terpakai lebih dihormati daripada ahli politik, terutamanya sejak skandal perbelanjaan AP di UK. Pembesar-pembesar turut terlibat - mencuri dari dana awam. Beberapa orang telah dilepaskan dan sebilangan lagi dipenjarakan. Yang lain pasti akan ikut... nepotisme adalah lingkungan kerajaan dan syarikat awam, seperti BBC, sebagai contoh.

Dengan kata lain, kita semua patut dipersalahkan. Masyarakat telah rosak.

Tidak semua, kita telah maju dalam berbagai cara, tetapi mungkin kita telah terlebih reaksi dalam sesetengah bidang juga dan mungkin tiba masanya kita berundur selangkah dan menilai semula apa yang kita rasa penting dan sedar akan kesannya terhadap anak-anak kita dan masyarakat keseluruhannya. Secara tidak langsung, Covid-19 telah mempercepatkan proses ini, dan menyebabkan ramai menilai semula kehidupan dan keutamaan mereka.

1 Pelajaran Pengurusan Kemarahan

Sesetengah orang yang mempunyai isu pengurusan kemarahan cuba sedaya upaya untuk tidak mempedulikannya. Bagaimanapun, dengan tidak bercakap tentang kemarahan mereka, atau menyembunyikannya, individu ini beranggapan masalah mereka akan hilang.

Ücretsiz ön izlemeyi tamamladınız.

₺183,10
Yaş sınırı:
0+
Litres'teki yayın tarihi:
07 mart 2021
Hacim:
50 s.
ISBN:
9788835419150
Tercüman:
Telif hakkı:
Tektime S.r.l.s.
İndirme biçimi:
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre
Metin
Ortalama puan 0, 0 oylamaya göre